Siakap Keli
Gambar Via IG Sweet Qismina

“Tuhanku, Berikanlah Kesembuhan,” Sweet Qismina Disahkan Positif COVID-19

Pelakon, Sweet Qismina disahkan dijangkiti COVID-19 pada 20 April dan kini sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin di Ipoh.

Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di Instagram miliknya, Sweet dikatakan mengadu tidak sihat pada 16 April lalu ketika dia berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran Filem Tariandi.

Dia membuat keputusan untuk membuat ujian calitan RTK di Columbia Hospital Taiping setelah mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaannya masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.

“Sweet telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan buat saringan PCR dan keputusan saringan adalah positif. Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pelakon berusia 24 tahun itu tidak mempunyai sebarang komplikasi tetapi hilang deria rasa dan bau.

“Marilah kita bersama mendoakan Sweet Qismina cepat sembuh dari COVID-19,” kata kenyataan itu.

Sumber: IG Sweet Qismina

Sofea

There's always another side to every story