Siakap Keli

(Video) “Patut Bangun Pagi Badan Lebam-Lebam,” Wanita Dakwa Ada Kelibat ‘Tinjau’ Dari Luar Bilik

Tular di media sosial, sebuah video dipercayai penampakan kelibat yang berada di sebalik pintu di mana dikatakan secara tidak sengaja dirakam oleh seorang gadis.

Video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok raiezatulakmal itu pada mulanya menunjukkan kucing gadis itu yang secara tiba-tiba berlari duduk di atas pangkuannya.

Dia tidak mengesyaki sesuatu yang pelik kerana berfikir kucingnya sekadar ingin bermain. Namun, setelah dia melihat semula rakaman video berkenaan, rupa-rupanya terdapat kehadiran ‘sesuatu’ yang sedan memerhatinya di sebalik pintu.

Lebih menakutkan, lampu di bilik berkenaan juga berkedip-kedip seperti menandakan kehadiran makhluk lain yang tidak disedari ketika itu.

”Macam ada tengah perhatikan aku”

@raiezatulakmal

Sumpah scary gila pagi ni😭😭😭 rasa macam nak menangis aku dibuatnya. Patut bangun pagi ni badan aku lebam lebam🥺#fypシ #fyp #viral #horror #scarday

♬ Horror, suspense strange sound – DN.FACTORY

Setakat ini, video berkenaan telah meraih hampir 900 ribu tontonan oleh warganet. Menjengah ke ruangan komen, sebilangan memberitahu mereka melihat kehadiran makhluk tersebut secara jelas dan menasihatkannya untuk memagar kawasan rumah.

Namun, ada yang berkata tidak melihat apa-apa walau berulang kali melihat video berkenaan. Apa pula pendapat anda?

Nampak jelas ‘benda’ tu memang ada

Orang cakap kalau kucing tenung kita lama-lama ada ada ‘benda’ tu berhampiran

Lebih baik panggil Ustaz untuk pagar rumah

Sumber: TikTok raiezatulakmal

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.