Siakap Keli

(Video) “Ya Allah Rindunya…”, Tak Dapat Rentas Negeri, Tiga Beranak Ini Tekad Bertemu Di Sempadan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rasanya entah bilalah kali terakhir kita bersua muka dengan mak ayah di kampung kan? Sudah lama kita terpisah dengan mereka dek jurang larangan rentas negeri yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Bagi yang tinggal satu negeri yang sama, mungkin tidak jadi masalah. Siang bekerja di pejabat, malam pula atau hujung minggu nanti boleh pulang menjenguk mereka di kampung.

Tapi bagi yang tidak sama negeri macam kita ini? Mungkin jalan terakhir adalah reda dan berlapang dada. InsyaAllah ada hikmah yang tersorok di sebalik kepayahan ini. Mudah-mudahan.

Namun bagi warganet bernama Ceksyaee ini, berbeza dua negeri dengan ibu ayahnya bukanlah menjadi penghalang untuk dia bertemu kedua-dua insan tersayang tersebut.

Dia ‘bermukim’ di Perlis, manakala ibu ayahnya masih berada di negeri kelahirannya Kedah. Namun ekoran pergerakan terbatas, pilihan terakhir yang ada untuk berjumpa adalah saling bertemu di sempadan negeri.

Mari hayati video ini.

@ceksyaee

Moga Ramadhan kali ni diberi kekuatan dan kesabaran yang lebih🤲🏻❤️ #masukberanda #fyp #fypdongggggggggシ

♬ original sound – shaaa – broken girl 🥲

Sebak. Itulah ungkapan yang boleh diceritakan selepas menonton video ini. Bagi siapa-siapa yang tinggal sebumbung senegeri dengan mak ayah, pergilah salam, cium dan peluk mereka.

Bersyukurlah kerana mereka masih ada di sisi kita, menghias siang dan malam kita. Kerana ada antara kita yang tidak berpeluang bersama dengan mereka, sama ada terpisah kerana batasan undang-undang, atau telah pergi buat selama-lamanya.

Sayangilah mak ayah kita.

Sumber: TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'