Siakap Keli

Wanita Kongsi Deko Loteng Rumah Teres Siap Boleh Tambah Bilik, Manfaatkan Ruang Yang Ada

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila nak dekat raya ni, ramai yang akan menghias kediaman mereka. Bukan itu sahaja ada juga yang mengubahsuai rumah agar tampak lebih menarik dan cantik.

Sesetengah rumah direka khas siling meninggi agar nampak lebih luas. Salah satu cara untuk memanfaatkan ruang di atas kepala anda adalah dengan membina loteng. Sekurang-kurangnya boleh jadikan tempat istirehat ‘terapung’ untuk anak-anak.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi hasil mengubahsuai dan membina ruangan loteng serta beberapa ruang di kediamannya.  Kemas serta cukup luas, loteng itu dibina di atas ruangan yang kosong.

Kata wanita ini yang lebih mesra dengan Kak Marhayu berkata kos mengubahsuai rumahnya ini mencecah RM30,000 termasuklah bekalan elektrik, lampu dan kipas.

Tambahnya lagi, ruangan loteng ini menjadi idamannya sejak dulu lagi. Selepas membeli rumah ini, terus dia dan suami berhasrat untuk membina ruang ini.

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

Berkongsi deko (loteng) rumah hinggap, teres 4 bilik, 2 bilik air.
Dapat kunci penghujung 2017. Peram dulu setahun tanpa apa-apa renovation (kumpul modai dulu sebenarnya).

Kos untuk loteng ruang tamu dan loteng untuk 2 bilik lebih kurang RM30k
Termasuk wiring, lampu dan kipas.

Bila teringin nak makan kat rumah baru, bentang je tikar zam zam ala kazam nan sehelai tu.. Sadisnya..

“Siap jugak ikut cita rasa sendiri..”

“Bilik no 2 siling tinggi, atas tu jadikan lagi satu bilik. Pintunya naik ikut tangga loteng di ruang tamu..”

Ok siap bilik untuk anak dara…

Lantai pasang vinyl 3 mm. Beli kat shopee frame dari Airis Wall Deco. Fiddle fig beli kat kaison kalau tak silap. Agak berselerak di situ.. Buat-buat tak nampak dah la ye..

Pintu bilik atas. Atas bilik anak dara tadi..

Dalamnya tak berapa nak siap lagi.. tak yah tengok lah ye..

Bilik no 3 pun buat loteng.. Buat tempat simpan bantal, cadar, toto. Semua sumbat situ… 

 

Sumber: Marhayu MJ

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang