Siakap Keli
Gambar: Dr. Muhammad Izzat

Ada Yang Acah-acah Sado, Doktor Dedah 6 Jenis ‘Perangai’ Biasa Suami Buat Waktu Teman Isteri Bersalin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai suami, saat paling mendebarkan sepanjang menjadi seorang ayah adalah ketika menemani isteri tercinta di bilik bersalin. Waktu itu, segala ‘kekuatan’ kita akan hilang sekejap.

Selama ini nampak macam garang, gagah perkasa, sekali bila nampak isteri nak bersalin, rupa-rupanya dia yang ‘kecut perut’ dulu. Macam-macam lagilah aksi suami yang kita boleh tengok.

Baru-baru ini, doktor kesihatan wanita dan kehamilan, Dr. Muhammad Izzat (gambar) ada berkongsi jenis-jenis suami di bilik bersalin. Kalau baca satu persatu, memang tak kering gusi dibuatnya. Jom ikuti perkongsian ini.

Jenis-jenis suami kat labour room (bila teman wife beranak):

Gambar: Dr. Muhammad Izzat

1) BERSEMANGAT WAJA – macam tengah tengok bola

“Shayang teran lagi shayanggg. Shayang boleh… pussh pusshhh sikit lagi sikit lagi. Puteri Meesha Almeera Balqish Nadeela ( nama baby yang belum keluar ) nak keluar tuuu..”

Kita yang mata kuyu jam 3 pagi pun boleh teranng mata dengar dia encourage. Padahal belum fully pun. Okayla semangat cenggini.

2) ROMANTIS

Sambil kuis-kuis tangan bini;

“Awak ingat tak first time kita jumpa dulu, awak nak pandang saya pun segan kan? Kan? Tup tup nak ada baby dah kita kann?”

Yang si wife dok melayan contraction dia boleh pulaaa trobek masa zaman bercenthaaa. Sabau je ler.

Kekadang saya potong stim jap “encik tolong jap betulkan tudung tu, dah tutup muka ha” .

3) DIAM ITU EMAS

Orang tengah sibuk meneran, senyap je husband ha. Rupanya dia tengah tidooqqq!

4) ACAH-ACAH SADO

“Alahh setakat darah saya da biasa dah, ok punya. Jangan risau lah Dr”

“Kalau encik tak ok, boleh tunggu luar dulu. Nnti da settle saya panggil”

Belum sempat abes cakap, dia da pengsan dulu, tiang drip pun dia tarik sekali.

4) PANIK

“Ya Allah Dr… banyak nye darahhhhh. Ni darah baby ke darah mak???”

“Ya Allah Dr…. boleh ke kepala tu keluar, macam sempit jeee? Dr taknak buat sesuatu ke?”

“Bini saya sakit sangat ni Dr, caesar je laaahh. Dr nak tunggu apa lagii??” 

5) RUNNING COMMENTARY

Setiap saat dan ketika dia dok update bini dia apa berlaku kat ‘bawah’. Macam live broadcast.

6) KUAT BEBEL

“Awak sakit sedut la gas ni. Apa guna gas ni kalau awak tak pakai”

“Tu la awak teran tak panjang, baby dah keluar masuk bawah tu”

Silap haribulan kena smackdown oleh wife!

Macam-macam dahhh saya jumpa

Netizen pun ada pengalaman sendiri

Tak cukup terkekek-kekek para netizen ketawa membaca enam jenis suami yang diceritakan Dr. Izzat ini, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka masing-masing.

Tambahan, ‘tak ada perasaan’

“Rasa macam tawaf kat Mekah dah..”

“Lakiku lambat sangat datang..”

Baca ni barai gelak sampai baby buntang maka

“Tak sempat nak merasa itu semua..”

Di sebalik riuh netizen tergelak sakan sambil kongsi cerita masing-masing, ada juga luahan pilu seorang isteri yang langsung tak berpeluang merasai detik itu. Tanpa diduga, suami tercinta terlebih dahulu ‘pergi’ meninggalkannya.

Begitulah ragam dan asam garam kehidupan suami dan isteri dalam menjadi ibu ayah kepada anak sendiri. Semoga mana-mana pasangan yang sedang dan akan menanti detik terindah menyambut kelahiran si kecil dipermudahkan segala urusannya.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'