Siakap Keli

Apakah Peranan Kru Dalam Team F1 Dan Apa Yang Akan Terjadi Kepada Tayar Yang Telah Digunakan? Ini Jawapannya

Formula Satu (dikenali juga sebagai F1) adalah perlumbaan antarabangsa automatik berkelas tinggi bagi kereta lumba satu tempat duduk yang disetujui oleh  Fédération Internationale de l’Automobile (FIA).

Ramai yang meminati F1 tetapi team bagi setiap pelumba juga memainkan peranan yang penting. Setiap pelumba mempunyai kru hampir 20 orang.

Pertamanya, terdapat dua kru yang akan bersedia didepan dan belakang bagi mengangkat mesin setibanya kereta di kotak pit.

Seterusnya, dua mekanik akan membut penyediaan dibahagian sayap depan dan akan membung nosecone jika perlu.

Selain itu, terdapat juga dua kru dibahagian depan dan belakang dan satu atau dua yang lain akan mengendalikan sistem pencahayaan bagi mempercepatkan proses.

Akhir sekali, tiga makenik yang diperlukan bagi setiap tayar kereta.

  1. Mekanik pertama akan membuka skru tayar kereta.
  2. Mekanik kedua pula mengeluarkan tayar yang lama.
  3. Mekanik yang ketiga akan memasang tayar yang baru ke hub.

Tetapi pernahkah anda terfikir tayar yang telah digunakan masih disimpan? Rakaman video TikTok yang dikongsikan oleh Mclaren menunjukkan beberapa langkah yang diambil sebelum tayar tersebut disimpan. Antaranya, memeriksa keadaan tayar adakah ianya masih boleh digunakan.

@mclaren

Did you know the journey of an F1 tyre after it comes off the car? 🔍🍩 #McLaren #f1 #tyres #LearnOnTikTok #f1tiktok #howto

♬ Swear By It – Clutch

Sumber: mclaren

Atiqah Aliah