Siakap Keli
Gambar: DBKL

Bazar Aidilfitri Lorong TAR Kini Dibuka Dari 10 Pagi – 12 Malam, Ada 4 Bahagian Ini Yang Korang Boleh Kunjungi Tetapi Ada SOP

Biarpun baru seminggu lebih kita berpuasa, kemeriahan hari raya Aidilfitir sudah kian terasa. Maka tak hairanlah bazar-bazar Aidilfitri sudah mula dibuka di sana-sini.

Macam yang korang tahu, salah satu bazar Aidilfitri paling cukup terkenal setiap tahun ialah Bazar Aidilfitri Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur.

Di situlah terletaknya lubuk rezeki bagi peniaga-peniaga barangan hari raya. Mana tidaknya, seluruh rakyat jelata di sekitar Lembah Klang pasti akan berkunjung ke sana untuk mencari barangan raya masing-masing.

Cuma pada tahun ini, kemeriahan tu sedikit berubah apabila prosedur operasi standard (SOP) yang baharu telah ditetapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘bersempena’ pandemik COVID-19 kini.

Oleh itu, DBKL ada berkongsi panduan, SOP dan tatacara bagaimana untuk masuk ke kawasan bazar pada kali ini. Jom ikuti panduan di bawah ini.

Bazar Aidilfitri @ Lorong TAR

Gambar: DBKL

Panduan dan ingatan untuk ke sini….

Waktu perniagaan: setiap hari 10am-12am

Terdapat 4 seksyen disediakan A,B,C,D:

  • A- Bermula dari Wisma Campbell hingga ke Lorong TAR 7;
  • B- Lorong TAR 7 hingga Semua House;
  • C- Semua House ke Wakaf Buta; dan
  • D- Wakaf Buta ke Malayan Mansion (Masjid India)

Hanya satu pintu masuk & satu pintu keluar disediakan..

Gambar: DBKL

Kalau nak pergi semua dengan seamless perjalanan mulakan dari Seksyen A iaitu dari Wisma Campbell dan disambung dengan Seksyen B,C & D tanpa perlu berpatah balik.

Masuk pintu Seksyen A keluar pintu keluar Seksyen A & sambung masuk pintu Seksyen B dan keluar pintu Seksyen B dan seterusnya hingga ke Seksyen D.

Bilangan pengunjung adalah 2 kali ganda bilangan petak di setiap seksyen.

Contoh: Seksyen A ada 48 petak – hanya 96 pengunjung dibenarkan berada dalam seksyen tersebut pada satu-satu masa.

Gambar: DBKL

Pengunjung diminta untuk mematuhi SOP di setiap pintu masuk seksyen:

  1. Daftar mySejahtera;
  2. Pemeriksaan suhu;
  3. Pemakaian pelitup muka;
  4. Mendapatkan nombor giliran.

Pengunjung di BAF Lorong TAR perlu akur dengan SOP yang telah ditetapkan ketika berurusan di sini.

Pastikan anda tidak alpa walaupun ghairah mencari keperluan persiapan hari raya.

Utamakan keselamatan dan kesihatan.

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'