Siakap Keli
Gambar via Mashitah Amin

Hanya 2 Bahan & Tak Perlu Guna ‘Oven’, Resipi Mudah Coklat Badam Crunchy Hingga 9.3k Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa minggu lagi, umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Bila sebut sahaja hari raya, mesti terbayang di benak kita pelbagai juadah yang memenuhi meja makan. Biskut raya tak terkecuali.

Sebahagian daripada kita lebih memilih untuk membeli biskut raya kerana lebih mudah. Mungkin ada yang kekurangan masa kerana kekangan kerja atau tiada ketuhar untuk membakar biskut raya.

Dengan resepi biskut raya yang mudah ini, anda boleh buat sendiri biskut raya tanpa perlu risau tiada ketuhar.

Resepi biskut raya dua bahan ini dikirim oleh Mashitah Amin di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., dan mendapat 9.3 ribu perkongsian.

Mari kita ikuti resepi mudah ‘Coklat Badam Crunchy’ tanpa ketuhar ini.

Coklat Badam Crunchy dua bahan tak perlu pakai oven.
Sangai badam sampai perang dan sejukkan. Cairkan coklat. Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan.

Gambar via Mashitah Amin
Gambar via Mashitah Amin
Gambar via Mashitah Amin

Mudah kan? Selamat mencuba.

Sumber: Mashitah Amin via Masak Apa Hari Ni..

Kalau bahan-bahan kat kedai bakeri habis, boleh beli ‘almond strip’ disini

Tak pun terus borong barang bakeri disini

Eyla Azri