Siakap Keli

Kekal Misteri, Bintang K-Pop Ini Guna Rambut Tutup Wajah Supaya Tak Dikenali

KOREA SELATAN- Seorang ahli kumpulan K-pop Korea Selatan yang meningkat naik kerana gaya rambutnya yang pelik.

Rambut poninya yang panajng hingga menutupi bahagian separuh wajahnya hingga tidak kelihatan matanya.

Junji merupakan ahli kumpulan OnlyOneOf yang ditubuhkan pada tahun 2019. Dia menjadi antara ahli yang popular kerana poni panjangnya yang berwarna perang.

 

Pada Januari 2020, Junji menggunakan gaya rambut yang unik ini hingga berjaya menarik perhatian netizen di Korea Selatan.

Justeru, beberapa orang membuat spekulasi bahawa Junji menyembunyikan wajahnya agar peminat menyukainya lebih dari sekadar penampilan.

Netizen yang lain pula beranggapan dia menyembunyikan wajahnya kerana kurang tampan berbanding ahli kumpulannya yang lain.

Penampilan fizikal adalah sebahagian besar budaya K-pop Korea Selatan. ‘Watak’ Junji memberi kelainan dengan menutupi wajahnya selama lebih setahun.

Namun, usahanya berhasil apabila kini makin ramai yang mengenali OnlyOneOf di dalam mahupun luar negara.

Akhir bulan Mac lalu, OnlyOneOf dijemput “Ask Us Anything Fortune Teller“, yang merupakan program TV Korea Selatan. Junji menjelaskan imej misteriusnya itu diprogram tersebut.

Junji mendedahkan idea uniknya itu muncul sekitar Januari tahun lalu dan hanya bercadang unuk menutup wajahnya untuk beberapa minggu.

Kemudiannya, ramai yang berbicara mengenai imejnya yang baru hingga membuatkannya mengekalkan imej tersebut hingga awal tahun 2021.

sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah