Siakap Keli
Gambar Via Metro.co

Lelaki Ponteng Kerja 15 Tahun, Tetapi Tetap Dibayar Gaji Penuh Lebih RM 2 Juta Hingga Digelar ‘Raja Ponteng’

Bila meningkat dewasa, setiap orang perlu bersedia untuk mempunyai komitmen sendiri yang nanti ‘akan dibawa’ hingga ke hari tua.

Walau bagaimanapun, nampaknya tidak semua orang betul-betul bersedia menanggung beban tanggungjawab di dalam hidup ini.

Seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki di Itali ini yang telah dituduh tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun sehingga digelar ‘Raja ponteng‘. Tetapi, apa yang mengejutkan adalah dia menerima gaji penuh selama tempoh itu.

Menurut Sky News, lelaki yang berusia 67 tahun itu didakwa mula tidak hadir bekerja pada tahun 2005 di hospital Pugliese Ciaccio di Catanzaro, selatan Itali.

Dia juga dilaporkan dibayar gaji dengan keseluruhannya sebanyak £464,000 (RM2.6 juta) selama 15 tahun itu.

Agensi berita Itali melaporkan bahawa lelaki itu kini disiasat bagi kesalahan penipuan, pemerasan dan penyalahgunaan jawatan. Turut disiasat bagi kes tersebut ialah enam orang pengurus di hospital tersebut.

Pihak polis pula mengatakan bahawa lelaki itu juga didakwa mengancam pengarah hospital agar menghentikan sebarang tindakan tatatertib terhadapnya. Apabila pengarah itu bersara, masalah ketidakhadirannya itu tidak dapat dikesan oleh pengarah yang baharu termasuk bahagian sumber manusia sekalipun.

Kerajaan Itali telah memperketatkan undang-undang berkaitan salah laku kerja itu bermula pada tahun 2016 setelah beberapa siasatan polis yang berprofil tinggi membongkar kesalahan ketidakhadiran di sektor awam yang berleluasa.

Sumber: Sky News,

Sofea

There's always another side to every story