Siakap Keli

“Pergi Ke Kedai Membeli Cincau..,” Rupanya Ini Khasiat Cincau Yang Korang Tak Tahu

Cincau merupakan jenis agar-agar yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sering menjadi pencuci mulut atau bahan juadah manisan yang tersohor dan mudah didapati di bahagian Asia.

Umum mengetahui bahawa cincau juga turut dikenali sebagai grass jelly atau leaf jelly. Ia dihasilkan daripada sejenis tumbuhan daripada spesis ‘Platostoma Palustre’ . Tumbuhan ini dalam keluarga pudina (mint).

Walaupun sering menjadi pembuka selera atau ”topping’ dalam sajian pencuci mulut, ramai yang tidak tahu sebenarnya cincau ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Cuma orang kita suka tambah cincau dengan air gula yang banyak.

Jom kita lihat di bawah tentang khasiat cincau. Petang ni, boleh lah berbuka dengan air cincau sama-sama. Antara khasiatnya adalah;

  • Berupaya mengawal paras kolestrol
  • Antioksidan
  • Kurang kalori
  • Tinggi Serat
  • Boleh mengawal paras gula

“Pergi ke kedai membeli cincau…”Sambung. Rupanya banyak khasiat cincau terhadap kesihatan. Cuma orang kita tambah cincau dengan air gula yang banyak. Petang ini kita buka dengan cincau tau. “Bang. Air cincau tak nak gula satu!”

May be an image of text that says 'Khasiat CINCAU Berupaya mengawal Paras kolesterol Antioksidan HM Kurang kalori Tinggi serat Boleh mengawal paras gula'

 

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang