Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 2,875 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini, Kelantan Tertinggi Dengan 662 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2,875 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini dengan 2, 846 kes tempatan dan 29 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes baharu di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 384,688 kes.

Menerusi ciapan di Twitter, Kelantan merekodkan kes tertinggi dengan 662 kes dan diikuti oleh Selangor dengan 633 kes dan Sarawak dengan 474 kes.

Tidak cuma itu, Kuala Lumpur juga antara negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 332 kes sementara hanya Perlis tiada kes baharu.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 2,541 kes dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 361,267 bersamaan 93.91%.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 7 pertambahan kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,407 kes bersamaan 0.37%.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story