Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

TERKINI: Suspek Utama Terbabit Kes Pukul 2 Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Mengaku Tidak Bersalah Atas 5 Pertuduhan

Kuala Lumpur, 22 April – Suspek utama yang didakwa memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa dilaporkan mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Menurut Bernama TV, pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Klang, Selangor hari ini bersama pembantu peribadinya yang disabitkan atas satu pertuduhan di mahkamah sama.

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Suspek berusia 44 tahun itu dilaporkan tiba di mahkamah pada pukul 9.05 pagi tadi.

Terdahulu, menurut Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal berkata Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk membuat pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegentaran jenayah dengan cara mengacukan pistol ke arah salah seorang mangsa.

Jelasnya, majikan itu juga akan berhadapan tuduhan di bawah Seksyen 109/324 Kanun Keseksaan kerana bersubahat mengarahkan pembantunya mencederakan dua mangsa dengan rotan serta Seksyen 323 Kanun yang sama kerana menampar dan menyerang perut salah seorang mangsa menggunakan lutut.

Tambahnya, suspek utama itu juga akan dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atas tindakannya mengeluarkan perkataan berunsur penghinaan agama yang dianuti pekerja terlibat, lapor Bernama.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: Bernama TV, Bernama

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

Amira

Love yourself.