Siakap Keli

(Video) Air Mata Ramadan, Kisah Anak Perantau Di Singapura Berpuasa Tanpa Keluarga, Tapi Ini Kejutan Tak Disangka

Menyambut Ramadan tanpa keluarga tersayang disisi sememangnya perkara yang paling sedih tambahan pula terpaksa berpuasa ditempat orang.

Bagaimanapun, McDonald Singapura memberi peluang rakyat Malaysia yang terkandas menikmati Ramadan bersama insan tersayang di kampung halaman melalui kempen terbarunya ‘My Happy Table’.

My Happy Table ini akan menghubungkan lebih ramai umat Islam dengan keluarga mereka di kampung halaman, tulis McDonald Singapura di laman Instagram mereka.

Kempen ini mendapat perhatian ramai dan juga kisah yang dikongsikan menyentuh perasaan ramai.

Tonton kisah Samsuri untuk menyaksikan bagaimana Semangat Ramadan lebih kuat daripada sempadan yang memisahkan kita, tambah mereka lagi.

Semoga rakyat Malaysia di Singapura terus kuat dan bersabar sehingga keadaan pulih seperti sedia kala.

 

Sumber: Mcdonald Singapura

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang