The Karate Kid (2010) merupakan sebuah filem yang diangkat dari siri asal The Karate Kid (1984 – 1994).
Filem ini mengisahkan Dre Parker (lakonan Jaden Smith), seorang kanak-kanak 12 tahun yang baru berpindah ke Beijing, China bersama ibunya.
Oleh kerana sering dibuli di sekolah baru, Dre nekad belajar seni bela diri KungFu dari Mr. Han (lakonan Jackie Chan), seorang pekerja penyelenggara di kawasan rumahnya.
Filem tulisan Robert Mark Kamen ini mengangkat kanak-kanak sebagai watak utama. Setelah 11 tahun filem ini ditayangkan, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana perkembangan kanak-kanak ini setelah menginjak dewasa.
1. Jaden Smith

Jaden Smith, anak kepada pelakon terkenal Will Smith merupakan watak utama dalam filem ini, Dre Parker.
Jaden masih lagi aktif dalam bidang seni. Dia kini memperkembangkan bakatnya sebagai penyanyi dan menceburkan diri dalam industri fesyen.
Walaupun di usia yang baru menginjak 23 tahun, Jaden sudah membuka usahanya sendiri dan aktif sebagai aktivis.


Antara babak yang menjadi tumpuan ramai apabila watak Dre memulakan latihan iaitu dengan latihan mengangkat jacket dipakainya.
2. Zhenwei Wang

Zhenwei Wang, pemeran watak Cheng si pembuli sekarang sudah menginjak 26 tahun.
Pelakon kelahiran Heibei, China ini sudah mempelajari seni bela diri tradisional China, Wushu, sejak berusia empat tahun lagi. Tidak hairanlah pergerakannya begitu tangkas dalam filem pertamanya tersebut.
Zhenwei masih bergiat aktif dalam bidang lakonan dan menyertai Jackie Chan Stunt Team sebagai pelakon lagak ngeri sejak tahun 2015.
3. Luke Carberry

Luke Carberry memegang watak sampingan, Harry, rakan pertama Dre sejurus berpindah ke Beijing.
Walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan, Luke merupakan salah satu pelajar cemerlang di sekolahnya. Luke kini sudah berusia 26 tahun.
4. Wenwen Han

Memegang watak Meiying, rakan sekolah Dre yang sangat diminatinya, Wenwen kini sudah beranjak ke usia 26 tahun.
Wenwen berlatih sebagai pemain biola dan penari sebelum berlakon dalam filem The Karate Kid.
Kini, Wenwen sudah pun mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan masih meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.

Sumber: BIG STAR-X