Siakap Keli

Bayar Zakat Fitrah Online, Guna Aplikasi Maybank MAE Sahaja

Bila tiba bulan Ramadan, selain wajib menunaikan rukun Islam ke-3, kita juga diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam ke-4 iaitu menunaikan zakat dan zakat yang wajib dibayar ketika bulan Ramadan adalah Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Dalam dunia serba canggih kini, banyak syarikat-syarikat perbankan yang telah bekerjasa dengan Pusat Zakat Negeri-Negeri untuk memudahkan umat Islam membayar zakat secara dalam talian sahaja.

Ramai mempersoalkan hukum membayar zakat secara online kerana lazimnya pembayaran zakat akan disusuli dengan akad yang akan dilakukan oleh pembayar zakat dan Amil (pengutip zakat). Jangan risau, boleh rujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Hari ini SK nak berkongsi dengan semua, cara-cara untuk membayar zakat secara online melalui aplikasi mudah alih Maybank MAE. Aplikasi Maybank MAE boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi MAE berbeza dengan aplikasi Maybank2u.

  1. Pilih ‘Pay Bill’

 

2. Pilih Zakat

 

3. Pilih lembaga zakat negeri yang anda mahu bayar

 

4. Pilih Zakat Fitrah

 

5. Pilih jenis beras

 

6. Pilih anda mahu bayar untuk diri sendir, diri sendiri dan orang lain atau orang lain

 

7. Masukkan nombor telefon

 

8. Lafazkan ayat dibawah dan klik Pay Now

 

9. Akhir sekali, klik Approve

 

10. Selesai

Sumber: Pejabat Mufti Negeri Selangor (Hukum Bayar Zakat Online)

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)