Siakap Keli
Gambar via FAFIQ Electrical Service & Google(Gambar Hiasan)

Jangan Lupa Periksa Sebulan Sekali Untuk Elak Kejadian Litar Pintas, Ini Cara Nak Tahu ELCB Anda Dalam Keadaan Baik

Apabila kilat kuat dan rumah tiba-tiba blackout, tempat pertama yang akan kita periksa ialah kotak suis utama.

Selalunya kita akan tolak naik semula suis utama yang jatuh dan rumah akan kembali terang.

Tahukah anda, suis utama ini sebenarnya mempunyai peranan penting untuk menyelamatkan anda sekeluarga sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti litar pintas? Jadi, peranti ELCB ini perlulah diperiksa supaya berada dalam keadaan yang baik.

Bagaimana untuk memeriksa suis utama ini dan bila ia perlu diperiksa?

Mari kita ikuti perkongsian dari laman Facebook rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu ini.

Tips keselamatan…

Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula keatas tu), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada di rumah memeriksa sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Caranya ialah dengan menekan butang ‘push to trip’ disebelah punat automatik tersebut.

Gambar: FAFIQ Electrical Service via BBP Jalan Kota

Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru. Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan, jangan bimbang just tolak semula ke ke atas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.

“KESELAMATAN KELUARGA,KESEJAHTERAAN NEGARA”

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu

Eyla Azri