Siakap Keli
Gambar: The Guardian

Masa Semakin Suntuk, Bekalan Oksigen KRI Sri Nanggala Dijangka Hanya Bertahan Hingga 3 Pagi Ini

Masa semakin suntuk. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Tentera Nasional Indonesia (TNI), iaitu KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali kelmarin masih diteruskan.

Biarpun gerakan misi SAR mendapat bantuan daripada aset tentera laut negara luar seperti Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat (US), namun tempoh berbaki hanyalah sehingga 3 pagi malam ini (Sabtu).

Ini bertepatan dengan pengumuman Panglima Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono semalam bahawa bekalan oksigen dalam kapal selam berkenaan hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja, selepas ia dilapor hilang pada 3 pagi Rabu kelmarin.

Terbaharu, Yudo memaklumkan bahawa mereka berjaya mengesan sesuatu objek bersifat kemagnetan tinggi, dipercayai tangki oksigen pada kedalaman 50 ke 100 meter ke bawah.

Ekoran pengesanan tersebut, Yudo begitu meletakkan harapan tinggi dan optimis bahawa objek tersebut ialah badan kapal selam itu.

“Kami sedang menunggu (maklum balas) kapal tentera laut dengan keupayaan pengesanan bawah air tiba di kawasan ini sebelum siasatan dapat dijalankan lebih lanjut,” katanya.

Imbas kembali, kapal selam yang membawa 53 kru dalam latihan torpedo itu dilapor mengalami gangguan tenaga elektrik, sebelum terputus komunikasi pada jam 3 pagi Rabu kelmarin.

Sumber: The Guardian / CNN Indonesia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'