TURKI- Sebuah lubang robohan (sinkhole) besar ‘muncul’ sewaktu berlakunya musim kemarau di dataran di Karapinar, Turki. Ianya cukup besar hingga mampu menelan sebuah bas.
Para petani berasa bimbang jikalau lubang itu semakin besar kerana berhampiran rumah kediaman mereka.
“Keadaan kemarau semakin parah,” kata Tahsin Gundongdu (petani).
Dia yang berusia 57 tahun itu, berkata telah melihat lubang besar itu kira-kira 10 hingga 15 tahun.
Tambahnya, lubang besar itu muncul pengunaan air bawah tanah yang berlebihan untuk pengairan.
Lubang itu dikatakan muncul ketika gua bawah tanah menegering dan tidak mampu lagi menampung berat lapisan tanah di atasnya.
Membebankan Para Petani
Percubaan untuk mendapatkan air dengan kaedah lain lebih mahal serta mengurangkan pendapatan petani. Tetapi jika terus bergantung kepada terusan air tanah, memungkinkan masalah yang lebih teruk.
Profesor Fetullah Arik telah menghitung sekitar 600 lubang di dataran Konya. Beliau juga mengetuai Pusat Penyelidikan Sinkhole di Universiti Teknikal Konya.
Jumlah yang direkodkan merupakan dua kali ganda daripada rekod sebelum ini iaitu 350 lubang sahaja.
Sumber: Bangkok Post