Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Tak Pernah Tahu Kewujudan Satu Sama Lain, Pasangan Kembar Ini Bertemu Semula Setelah 36 Tahun Terpisah

Terpisah sejak lahir, kembas seiras, Molly Sinert dan Emily Bushnell sama sekali tak tahu kewujudan satu sama lain selama 36 tahun.

Kedua kembar ini terpisah setelah dilahirkan di Korea Selatan dan diambil oleh dua keluarga angkat berbeza. Walaupun mereka berdua tinggal di Amerika Syarikat, namun mereka tidak pernah mengenali satu sama lain.

Gambar via Daily Star

Menurut Daily Star, Molly tinggal bersama keluarga angkatnya di Florida, manakala Emily di Pennsylvania.

Kisah pertemuan mereka bermula dari anak perempuan Emily berusia 11 tahun, Isabel, yang ingin tahu lebih lanjut tentang keluarga ibunya.

Molly dan Emily dipertemukan pada hari lahir ke 36 mereka.

“Saya mahu ibu (Emily) melakukan ujian DNA kerana dia merupakan anak angkat. Saya ingin tahu jika saya ada lebih ramai keluarga di sebelah ibu,” Isabel berkata kepada Good Morning America.

Pada masa yang sama, Molly juga membuat keputusan melakukan ujian DNA untuk mengetahui riwayat hidupnya sebelum ini.

Molly berkata, dia terkejut apabila DNA dirinya dan Isabel mempunyai persamaan 49.96%. Keputusan dari ujian DNA keluarga terdekat itu menunjukkan kemungkinan Isabel adalah anaknya.

Gambar via Good Morning America

Oleh kerana dia tidak pernah melahirkan anak, Molly tidak mengambil masa lama untuk mengetahui keputusan tersebut merujuk kepada anak kembarnya, Emily.

Kedua kembar seiras ini hanya berhubung dari jauh dan sering bertukar gambar. Namun, mereka sepakat tidak mahu membuat panggilan video hingga keduanya bertemu.

Walaupun Emily agak kurang selesa melakukan ujian DNA, dia merasa hidupnya lengkap setelah mengetahui dia punya saudara kembar.

“Walaupun saya dikurniakan keluarga yang penyayang, tapi saya rasa seperti tak lengkap,” kata Emily.

Emily berkata, dia berasa lega setelah mengetahui hal sebenar.

Lebih menarik lagi, mereka menggayakan pakaian, rantai dan dandanan rambut yang mirip ketika senior prom, lapor Daily Star.

Gambar via Good Morning America

Ketika bertemu buat pertama kali, Emily berkata, ia merupakan momen paling gembira dalam hidupnya.

Sumber: Daily Star

Eyla Azri