Siakap Keli

TERKINI: Operasi Bazar Aidilfitri Dilanjutkan Hingga 2 Pagi Mulai Esok – Ismail Sabri

Waktu operasi perniagaan bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga ke pukul 2 pagi mulai esok, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ianya berikutan kekangan waktu untuk pengunjung hadir memandangkan tempoh yang dibenarkan sebelum ini agak singkat.

“Kita dimaklumkan pada waktu bulan Ramadan ini, pengunjung-pengunjung mula keluar selepas Isyak..terutamanya selepas solat Tarawih, baru mereka keluar.

“Bila kita benarkan hanya setakat 12 tengah malam, jadi waktu niaga mereka terlalu pendek. Jadi mereka mohon supaya dilanjutkan.

“Dan mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan perniagaan bazar Aidilfitri hingga jam 2 pagi dan ianya mula berkuatkuasa mulai esok,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sumber: MKN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'