Siakap Keli

Terpisah Dari Kawanannya, Anak Kambing Biri-biri Ini Terpaksa ‘Bermalam’ Di Penjara

IRELAND- Seekor anak biri-biri ditemui di jalanan di Ireland dan ia bermalam di penjara sebelum dikembalikan ke pemiliknya.

Fox6Now.com melaporkan pihak polis di Ireland mengatakan anak biri-biri itu terpisah dari kawanannya pada hujung minggu. Haiwan itu ditemui di jalan berhampiran bandar Clonmel di daerah Tipperary.

Haiwan itu dibawa ke penjara untuk sementara waktu. Petugas berusaha mencari pemiliknya untuk dikembalikan semula.

Gambar haiwan itu yang sedang berehat di dalam sel dikongsikan di Twitter oleh salah seorang pasukan polis Ireland, Garda Siochana.

“Haiwan kecil ini ditemui pada hujung minggu di Clonmel setelah terpisah dari kawannya.

“Kami berterima kasih kepada orang yang menghubungi kami setelah menjumpainya di jalan,” tulis Garda. pada 19 April.

Seterusnya, haiwan itu berjaya disatukan kembali dengan pemiliknya pada hari Ahad lalu.

sumber: Fox6Now.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.