Siakap Keli

(Video) Nescafe Dan Starbuck Percuma, Lelaki Ini Buat ‘Office Tour’ Nestle Malaysia Yang Baru

Pejabat merupakan tempat kita bekerja, mencari rezeki untuk sesuap nasi. Ada pejabat yang cantik dan ada juga yang seperti ‘reban ayam’. Sebenarnya suasana pejabat yang selesa dan cantik juga merupakan salah satu peranan penting untuk tingkatkan kualiti para pekerja.

Bagi kami di SK, keadaan pejabat memang memberikan impak kepada semangat kita untuk bekerja. Syukur, kerana keadaan pejabat kami sangat bersih dan selesa.

Tetapi kali ini SK nak kongsikan pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai Shawn Loong di laman Tiktok tentang keadaan tempat kerjanya di Nestle Malaysia.

Kalau korang tonton video pendek di bawah mesti korang akan terpegun dengan fasiliti yang ada dan suasana pejabat tersebut yang sangat selesa dengan dekorasi yang menakjubkan dan mempunyai permandangan yang cantik untuk para pekerja.

Jom tonton ‘office tour’ Nestle.

@shawnloong

What’s your favourite office feature? #officetour #officetourcheck #nestle

♬ Celebrate the Good Times – Mason

Rata-rata terpegun dengan keunikan dan fasiliti yang ada di pejabat ini. Ada juga yang pernah bekerja di sini dan kongsi pengalamanya.

Pernah intern sini, semua dapat free…

Dah macam office kdrama

Office dia dari dulu memang terbaik

Sumber: Shawnloong

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang