Siakap Keli

Gambar Tular Ini Bukan Kru KRI Nanggala-402 Yang Hilang, Ia Gambar Lama Yang Pernah ‘Viral’ Tahun 2020

Hari ini tular di media sosial dua keping gambar yang didakwa kru kapal selam KRI Nanggala 402 solat di atas kapal selam sebelum dilaporkan hilang di Laut Bali.

Tapi sebenarnya, gambar itu diambil sekitar bulan Julai tahun 2020. Ya, betul itu adalah gambar Tenteran Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut yang solat berjemaah di atas kapal selam tapi bukanlah gambar kru-kru yang hilang bersama kapal selam KRI Nanggala 402 seperti yang didakwa.

Boleh lihat tarikh artikel yang diterbitkan bersama gambar yang tular di bawah. ia menunjukkan tarikh 18 Julai 2020 iaitu hampir setahun yang lalu. Walauapapun, kita terus mendoakan agar operasi pencarian kapal selam milik Indonesia segera ditemukan.

Sumber: Indozone

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.