Siakap Keli

KRI Nanggala-402: Selepas 72 Jam, Pasukan Pencarian Temui Barang Dipercayai Milik Kapal Selam Hilang

Sejumlah barangan dipercayai milik kapal selam KRI Nanggala-402 milik Tentera laut Indonesia (TNI) yang terputus hubungan sejak Rabu telah dijumpai di kedalam 850 meter menerusi perkembangan terkini sebentar tadi.

Susulan itu, TNI mengesahkan bahawa KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan Utara Bali telah tenggelam berdasarkan isyarat subsunk (tenggelam) setelah operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

Menurut Panglima TNI, Hadi Tjahjanto, antara barangan yang dijumpai pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

“Pagi ini adalah tarikh akhir sokongan langsung dalam bentuk bantuan oksigen di KRI Nanggala selama 72 jam.

”Tentera Laut telah menemui tumpahan minyak dan serpihan yang merupakan bukti sahih bahawa KRI Nanggala telah tenggelam,” katanya.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber: Kompas TV via Awani, Kompas

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.