Siakap Keli

“Masa Sujud Tetiba Rasa Gelap Dunia..,” Ngeri, Anak Berebut ‘Chopstick’, Tercucuk Mata Ibu Sedang Solat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kecelakaan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa. Seperti insiden yang menimpa seorang wanita apabila matanya nyaris buta setelah tercucuk chopstick ketika sedang menunaikan solat dalam kejadian baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh Ummu Naielah di Facebook mengenai kejadian tersebut, anak-anaknya yang sedang berebut chopstick ketika itu secara tidak sengaja telah tercucuk matanya sewaktu dia sedang solat berjemaah bersama suami.

Kesan dari tusukan chopstik tersebut di dalam mata, dia mengalami luka dan koyakan di bahagian mata putih. Ngeri dan boleh dijadikan pengajaran oleh ibu bapa lain untuk menyimpan benda tajam daripada anak-anak.

Dugaan 10 ramadhan.

Umi tengah solat maghrib berjemaah dengan abi, masa nak sujud tu tetiba rasa macam gelap dunia sekejap, umi just nampak biru ungu macam siaran tv nak putus gitu, meronta-ronta umi kat tempat kejadian sebab pedih nak mati.

Rupanya kakak duk berebut chop stick dengan adik pastu terlajak tangan cucuk kena mata umi, patutlah rasa macam gelap dunia, buka pelan-pelan mata suh suami check, innalillah ada luka sampai pendarahan dalam mata.

Apa lagi, pecut gi kat kecemasan, tak boleh buka mata sebelah. Pengajaran buat parents lah, nampak anak-anak main benda tajam terus rampas jangan leka, alhamdulillah mujur tak kena kat anak-anak.

Update:

Pagi ni kena gi klinik pakar mata untuk jahit dalam mata, ada koyakan yang agak dalam jugak kat bahagian mata putih, jika dibiar takut jangkitan kuman, ni tepek kapas sebab sapu antibiotik dalam mata…

Balik semalam kul 12.30 tengok budak-budak ni dah tidur, bangun pagi ni boleh pulak dia main mata lanun umi ni, lawak agaknya.

Sabo je lah, anak-anak yang bijak haishh. Btw, terima kasah sangat-sangat atas setiap doa korang.

Sumber: FB Ummu Naielah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.