Siakap Keli

TERKINI: 2,717 Kes Positif Covid-19 Baharu, Selangor, Sarawak Catat Kes Tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lagi 2,717 kes jangkitan Covid-19 setakat hari ini. hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 390,252.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat lagi 11 kes kematian dilaporkan hari ini.

Senarai kes baharu mengikut pecahan negeri

Menerusi laman Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan negeri Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu 768 kes diikuti dengan Sarawak iaitu 570 kes dan Kelantan (518) hari ini.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang