Siakap Keli

Tragedi KRI Nanggala 402: Berdepan Keracunan Monoksida, Bekalan Oksigen Habis Hari Ini

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Indonesia, Kri Naggala 402 bersama 53 anak kapal berdepan dengan masalah besar apabila bekalan melepasi anggaran ketahanan pada jam 3 pagi, hari ini.

Kapal selam buatan Jerman tersebut kehabisan bekalan oksigen selepas lebih 72 jam hilang di lautan.

Kejadian ini timbul kebimbangan apabila kesemua kru kapal selam berkenan mungkin berdepan dengan keracunan karbon monoksida.

Situasi ‘blackout’ KRI Nanggala 402 juga memberi impak kepada daya ketahanan kru kerana kuasa diperlukan bagi menggerakkan kipas. Fungsi kipas tersebut merupakan saluran udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.

Bagaimanapun, persoalan tetap timbul bagaimana kapal selam berkenaan boleh menjadi ‘blackout’?

Menurut jurucakao Tentera Indonesia (TNI), Achmad Riad berkata pihaknya dapat mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi di kawasan berdekatan perairan Bali semasa operasi SAR Kri Nanggala 402.

Namun, mereka masih tidak mengenal pasti objek tersebut yang dikesan pada kedalaman antara 50 dan 100 meter.

Dalam kejadian ini, beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam tersebut.

 

Sumber: Sinarharian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang