Siakap Keli

(Video) “Macam Pro..,” Datuk Ayob Khan ‘Payung’ Skil Tebar Roti Canai Siap Berpusing-pusing

Siapa yang tidak kenal dengan seorang individu yang disegani ramai, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchy bukan sahaja dapat menangani isu jenayah malah dapat menunjuk bakat menebar roti canai.

Menerusi laman Facebook, Isu Apa Hari Ini menunjukkan Datuk Ayob cekap menebar roti canai siap berpusing-pusing curi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi, tepung yang ditebarnya tidak terkoyak dan seperti orang yang sudah mahir bertahun-tahun menebar.

Melihat pada kiriman laman Instagram miliknya, satu foto bersama ayahnya ketika berniaga roti canai di kampungnnya di Tanah merah, Pendang, Kedah. Sudah pasti, bakatnya menebar roti canai tidak pernah lekang sehingga sekarang.

Tulisnya, “1978-Kedai Kopi Mydin..Tanah Merah Pendang Kedah…”we cannot forget who we are….or where we come from”

Rata-rata warganet memuji dengan kehandalannya dan tidak kurang juga yang menyakat untuk merasa roti canai air tangan Ketua Polis Johor ini.

 

Sumber: Grup Isu Apa Hari Ini

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang