Siakap Keli

Filem Kursk Tular Di Malaysia, Kisah Kapal Selam Yang Meletup Dan Kru-Kru Yang Bergelut Untuk Selamat

Selepas kejadian karamnya kapal selam KRI Nanggala-402 milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut baru-baru ini. Sebuah filem dari Russia yang bertajuk Kursk tiba-tiba popular di Malaysia.

Filem Kursk mengisahkan letupan kapal selam berkuasa nuklear yang membunuh sebahagian besar kru-kru kapal selam dan ada beberapa kru yang hidup, bergelut untuk ‘survive’ dengan tekanan air laut dan oksigen yang semakin berkurangan sebelum mendapat bantuan dari kerajaan British dan Norway.

Filem ini diarahkan Thomas Vinterberg dan ditayangkan pada tahun 2018. Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Matthias Schoenaerts, Lea Seydoux dan Colin Firth.

Sejak semalam, filem ini menjadi tular di media sosial. Cuma masalahnya SK tidak menemui mana-mana sumber untuk menonton filem ini secara sah. Tiada di Netflix, HBO GO, iFlix dan sebagainya. Jika korang jumpa full movie dari sumber yang sah boleh tinggalkan komen di bawah.

Sumber: Kursk

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)