Siakap Keli

‘Pakar Penyelamat’ Kapal Selam, Ini Fakta Tentang Kapal MV Mega Bakti Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Malaysia juga mempunyai sebuah kapal yang hebat khusus untuk menyelamatkan kapal selam sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menerusi laman Twitter RMN Subforce, kapal MV Mega Bakti ini telah selamat tiba ke Bali untuk sertai SAR kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan tenggelam di perairan Bali.

Hari ini SK nak kongsikan dengan korang semua tentang fakta-fakta menarik MV Mega Bakti ini yang dikongsikan oleh Irfan Newboys menerusi laman Twitternya. Lepas korang tahu fakta di bawah, mesti korang tak percaya sebenarnya Malaysia sangat hebat.

Hari ni nak cerita sikit mengenai Kapal Penyelamat Kapal Selam Malaysia MV Mega Bakti.

Kapal ini dibina oleh Keppel Singmarine untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ditempatkan di Markas Kapal Selam Teluk Sepanggar, Sabah.

Ia mula bertugas pada 24 September 2013. Kapal ini seberat 1,960 tan dengan panjang 80 meter. Rasuk sepanjang 17 meter dan boleh menempatkan 36 krew pada satu satu masa.

Kapal ini mampu belayar 21 Hari tanpa perlu pulang ke dermaga atau pelabuhan dan mampu belayar sejauh 5,000 batu nautika dengan kelajuan 15 knot(27 Km/h)

Ia direka utk operasi penyelamat kapal selam, Operasi Mencari dan Menyelamat , Operasi Bencana dan bantuan kemanusiaan.

Ia mempunyai Remote Operating Vehicle(ROV) yang di kawal dari jarak jauh dan mampu menahan kedalaman 400 meter.

Ia boleh membersihkan halangan di pintu keluar kapal selam Distress Submarine(DISSUB) dan mampu menghantar video dan gambar ke Lokasi Sokongan Hidup Kecemasan.

ELSS untuk tindakan selanjutnya. ROV disambung dengan kabel khas pada MV Mega Bakti. Ia mempunyai Sistem Telefon Mudah Alih untuk komunikasi antara DISSUB dan Mega Bakti.

Ia mempunyai Sistem Ventilasi dan Depersuiasi Kapal Selam untuk membersihkan udara dan mengeluarkan udara tercemar dari DISSUB. Ia mampu digunakan sehingga kedalaman 250 meter.

DISSUB ni macam satu ruang khas jika Kapal Selam ditenggelami air atau tenggelam serta mengalami kegagalan. Ia jadi suatu tempat untuk krew tunggu untuk diselamatkan.

Submarine Rescue Chamber akan dipasang di situ untuk menyelamatkan krew. DISSUB lebih kurang macam ni. Biasanya boleh memuatkan lebih 40 krew bergantung kepada saiz kapal selam.

MV Mega Bakti mempunyai 2 unit Double Decompresion Chamber(DDC) untuk merawat krew kapal selam yg mengalami penyakit penyahmampatan. 1 unit DDC mampu merawat 6 pesakit pada satu satu masa.

Ia mempunyai Sistem Lokasi Pelbagai Pintar Global(GIB) untuk mengesan kedudukan kapal dan kapal selam sehingga kedalaman 1,000 meter.

Diharapkan unit kapal seperti ini akan ditambah pada masa depan seiring dgn pembesaran armada kapal selam TLDM dan dilengkapi alatan lebih canggih seperti Deep Submerge Vehicle Vessel etc.

Supaya keselamatan krew kapal selam kita dapat dipelihara.

 

Sumber: Irfan Newboys

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.