Siakap Keli
Foto: Mohd Sanusi

(Video) Beli Kat Shoppe, Air Sinki ‘Auto On/Off’, Hanya Hulur Tangan Air Terus Keluar, Harga Bawah RM60

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh dikatakan selalu akan terjadi di setiap rumah apabila paip di sinki air menitik keluar padahal sudah tutup rapat. Jadi, dari situ dah ada pembaziran.

Bayangkan dalam rumah tersebut ada ahli keluarga yang ramai, bila selalu buka tutup paip berulang kali dan mungkin ada yang terlupa tutup paip air boleh ikut cara di bawah ini.

Seperti perkongsian Mohd Sanusi ini mengenai solusi untuk mereka yang sering terlupa tutup paip air ketika membasuh pingan atau ambil air sembahyang. Dia menukar paip biasa kepada paip auto tutup dan buka yang mempunyai sensor di bawah dan tepi.

“Setiap kali ambil wudhu dan cuci pinggan, kealpaan kita menyebabkan ada sebahagian air paip tu terbiar mengalir lalu terbazir.”

Boleh guna alat ni untuk kurangkan lagi pembaziran air di rumah. Saya dah pakai 8 bulan. Masih berfungsi dengan baik. Takde leaking. Bateri tahan lama.

  •  Ada 2 mode: proximity & manual ON/OFF
  • Rechargeable built-in battery (USB charging)
  • Lazada/Shopee ada jual

  • Harga sedikit keras (RM50++), mungkin sebab penggunaan belum meluas dan takde brand alternatif.

Mudah-mudahan akan ada DIYer yang dapat hasilkan alat penjimat air automatik seumpama ini pada kos yang lebih murah.

 

Sumber: Mohd Sanusi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang