Siakap Keli

(Video) “Orang Yang Berdosa Macam Saya…,” Sebak, Mengalir Air Mata Lelaki Ini Kenang Kisah Silam

Hidayah itu milik Allah SWT, Dia sahaja yang berhak berikan kepada sesiapa yang hambanya yang tanpa mengira latar belakang, usia, pangkat dan harta. Itulah yang didambakan oleh semua orang supaya ia akan membawa kepada pengakhiran yang baik.

Ya setiap insan di dunia ini berhak untuk diberikan ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Begitulah juga bagi lelaki ini, yang akhirnya mengambil keputusan untuk berada di jalan Allah selepas mengharungi pelbagai dugaan sepanjang kehidupannya.

Sebagaimana insan lain yang mempunyai kisah hijrah tersendiri, begitulah juga apa yang berlaku kepada Abang Abdullah ini, katanya sewaktu muda dia pernah memijak al-Quran dan tidak percaya agama, kini dia sedang belajar mengenal Islam walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

“Saya kafir dulu, sebab tu sekarang saya tengok ayat-ayat al-Quran tu dan saya faham, saya jadi takut…”

Ceritanya lagi, sejak kecil dia sudah menjadi anak yatim dan banyak perkara yang jahil dia lakukan untuk memuaskan hatinya namun ini semua takdir Allah untuk dirinya.

Ikuti rakaman video ini mengenai penjelasan dan kisah yang dihadapinya sepanjang hidupnya yang bergelar anak yatim dan pernah dipandang hina oleh masyarakat suatu ketika dahulu.

 

Sumber: Ainaabeuty.ejam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang