Siakap Keli

12 Jenis Pokok Bunga Ini Sesuai Ditanam Di Rumah, Buat Kediaman Lebih Ceria

Suri rumah atau penggemar bunga pasti tertarik dengan topik ini. Disini The Spruce mendedahkan pelbagai jenis tanaman bunga yang menarik dan unik.

Tanaman berbunga membantu menceriakan rumah anda, tetapi bunga-bunga ini mempunyai jenis dan cara untuk penjagaannya yang perlu anda tahu.

Senarai ini kebiasaannya sudah berbunga saat anda membelinya.

  • African Violet

Bunga ini berbunga banyak dan bebas dengan pelbagai bentuk dan warna. Dengan penyiraman, kelembapan tinggi dan cahaya yang terang tetapi bukan secara langsung boleh memekarkan bunga setiap tahun.

Sebilangan penggemar dapat menyimpan bunga ini hampir sepanjang tahun kerana mudah untuk dijaga.

  • Poinsettias

Poinsettia merupakan ‘kilang’ tanaman tunggal yang popular di dunia. Tanaman ini sering dibeli sewaktu perayaan Krismas.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penanam telah memperkenalkan variasi poinsettia baru. Variasi yang berwarna merah jambu dan pintu serta warna yang lain.

Tetapi poinsettia merah standard masih menjadi ‘raja’ sewaktu musim perayaan Krismas.

Namun, berhati-hati kerana bunga ini perlulah dijaga dengan sebaiknya agar poinsettia dapat berkembang lagi pada tahun seterusnya.

  • Anggerik

Anggerik merupakan kumpulan tumbuhan terbesar di dunia. Susan Orlean, penulis buku “The Orchid Thief”, menggambarkan anggerik bunga yang mempesona dalam semua warna dan bentuk.

Tanaman ini yang digambarkan pelbagai jenis seperti mempesonakan, pelik dan unik. Tanaman ini menjadi pilihan penanam tegar walau agak sukar untuk dijaga.

  • Peace Lilies

Peace lilies atau nama spesifiknya (Spathiphyllum) sering dijumpai seperti reka bentuk rumah kelas atasan.

Bunga putihnya dilipat diatas daun yang berkilat. Tumbuhan tropika ini sukakan cahaya, kelembapan dan kehangatan.

Bunga ini akan mekar pada akhir musim panas dan mampu bertahan selama berminggu-minggu.

  • Begonia

Tanaman ini berbunga biasanya dijadikan tanaman luar rumah. Tetapi, mereka juga memiliki semua ciri tanaman dalam yang hebat.

Kuat, tidak sukar dijaga serta berbunga bebas. Pot begonia yang sederhana dan ekonomik akan menghasilkan warna yang cantik.

Di kawasan seperti kolam mempermudahkan tanaman ini membesar.

  • Bromeliads

Tanaman ini juga dikenali sebagai urn plants, kebanyakkan bromeliad dapat mula membesar dengan ruang yang kecil seperti  dalam cawan sahaja.

Bunga akan mekar dalam cawan ini dengan pucuk yang tinggi dan berwarna-warni. Ia dapat bertahan selama beberapa minggu atau bulan.

  • Kaktus Gurun

Tahukah anda kaktus mempunyai pelbagaia jenis di dunia? Terdapat pelbagai jenis kaktus yang tersedia dan sebahagian daripadanya dapat tumbuh di rumah.

Hanya berikan sinar matahari kepada kaktus anda dan air. Pada musim bunga atau panas ia akan mekar dengan sendirinya.

  • Setawar

Tumbuhan sederhana ini mudah tumbuh dan semudah mekar dengan kumpulan bunga kecil yang lain.

Variasi yang paling popular adalah K.blossfeldiana. Ia mampu berbunga pada musim bunga dengan hanya memberikan cahaya terang dan air yang mencukupi.

  • Amaryllis

Amaryllis merupakan sejenis tanaman yang berbunga besar dan berwarna. Ia dijual sebagai tanaman berbunga pasu dan boleh didapati dalam pelbagai warna seperti merah, salmon dan oren.

Amaryllis biasanya berbunga dari akhir Disember hingga awal musim panas.

Pada akhir kitaran pertumbuhannya, ‘mentol’ dikeluarkan dari tanah dan disimpan di tempat sejuk dan kering selama sekurang-kurangnya enam minggu.

Kemudia ditanam semula dan kembali mekar.

  •  Kaktus Krismas

Tanaman ini merupakan kaktus hutan (sub-tropika). Ia mempunyai bunga berwarna merah atau merah jambu dan dedaun yang unik kerana menyerupai dayung.

Ia kebiasaannya telah mekar saat anda membelinya, tetapi masih dapat mekar ketika perayaan Krismas.

  • Bunga Raya

Bunga ini merupakan salah satu simbol tropika yang senang bertahan. Bunga ini terdapat dalam banyak bentuk seperti tunggal atau berganda dan pelbagai warna.

Sebahagian kacukan yang baru menampilkan bunga yang berwarna-warni. Bunga raya bukanlah tanaman yang terus mekar dan hidup.

Ia memerlukan kelembapan dan cahaya yang banyak dan terdedah kepada beberapa jenis pepijat. Tetapi ia mampu menjadikan pemandangan yang luar biasa di rumah anda.

  • Anthurium

Tanaman ini mempunyai beberapa jenis, tetapi satu-satunya yang mungkin anda boleh dapati adalah A.scherzerianum.

Tumbuhan ini mempunyai struktur bunga merah khas yang menampilkan spathe merah berbentuk hati.

Anthurium adalah tumbuhan hutan sejati yang menjadikannya suatu cabaran untuk dan mekar dalam keadaan biasa.

Mereka berkembang dengan kelembapan, panas, air yang banyak, cahaya terang dan tanah yang kaya dengan ‘zat’.

Sumber: The Spruce

Atiqah Aliah