Siakap Keli

5 Perbezaan Raya Dulu Vs Raya Sekarang, Yang Last Sekali Tu Wajib Kena Buat Tahun Ni

Umum tahu, Ramadhan dan Aidilfitri tahun lalu tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Jalan raya tanpa pemandu dan bazar tanpa tetamu.Semuanya berubah kerana yang ‘satu’ ini. Bukan hanya di negara kita malah seluruh dunia.

Namun pun begitu, kemeriahan sambutan hari raya tahun-tahun milenial ini sememangnya sudah jauh berbeza dengan raya dulu-dulu, mungkin 10 tahun atau 20 tahun lalu.

Kita nak ‘flashback’ cara orang dulu-dulu sambut raya dengan orang kita sekarang. Apa yang beza atau ada yang masih sama?

1. Kalau dulu,

Mak-mak terutamanya seminggu dua sebelum raya tu dah kalut suruh abah cari daun palas, beras pulut dan segala bahan untuk pastikan menu utama tersedia. Lepas je dekat tv umum tarikh hari raya, mula lah kelam-kabut rebus ketupat malam tu sampai pagi tak tidur.

Tapi sekarang,

Semuanya beli online je, tak pun tempah. Daun palas, beras pulut, atau ketupat semuanya dalam talian. Tinggal nak klik je berapa banyak nak. Malam raya tak sibuk masak sangat dah, badan pun tak penat.

2. Kalau dulu,

Berbulan-bulan dah mohon cuti kat boss nak balik kampung cuti raya. Hari-hari menghitung hari dah tak sabar nak sambut kat sana.

Tapi sekarang,

Ada diantara kita yang mohon cuti awal sebab dah beli tiket kapal terbang nak sambut raya dengan melancong ke luar negara. Lain orang lain seleranya, ye dak?

3. Kalau dulu,

Kedai buku tu penuh kad ucapan raya untuk dijual. Semua berebut-rebut nak beli sebab nak kirimkan pada yang tersayang. Kirim dekat artis yang kita suka pun ada. Haha semangat betul, macamlah orang tu sempat nak balas.

Tapi sekarang,

Semuanya digital hanya dengan jari, segala ucapan, pantun dan mesej dihantar serta sampai sekelip mata. Tak terhad dengan WhatsApp atau SMS, setiap platform media sosial yang ada kini boleh digunakan sebagai medium penghubung yang pantas.

4. Kalau dulu,

Kalau dulu budak-budak datang rumah bagi RM1 pun dorang dah seronok sangat. Asalkan dapat.  Bagi dorang, dengan RM1 tu macam-macam boleh beli. Tu pun, baru satu rumah, belum rumah-rumah lain lagi.

Tapi sekarang,

Bila tengok sampul ada not warna biru, muka terus lain. Kalau boleh nak warna merah atau oren, paling best sekarang duit raya dah boleh transfer terus dalam e-Wallet atau scan QR Pay. Senang, jimat penggunaan kertas!

5. Kalau dulu,

Setiap kali raya mesti orang akan tempah baju tradisional seperti baju melayu dan baju kurung. Tak raya la kalau tak pakai baju tradisional ni.

Tapi sekarang,

Ramai yang mula terbuka dengan mengenakan pakaian mengikut keselesaan masing-masing. Ada yang memilih kurta bagi lelaki, dan ada juga yang memilih untuk memakai blouse polos bersama kain bagi wanita di pagi hari raya. Apa salahnya kan?

Ha tak sah pakaian korang di pagi raya nanti kalau tak dikenakan dengan aksesori seperti bag dan kasut baru. Baju dah baru, barang-barang lain pun mesti kena baru!

Jualan 10% di Pedro sempena raya ni

Jenama terkenal Pedro nak bagi 10% kalau korang shopping semua handbag atau kasut Pedro yang cantik-cantik tu dari 22 April – 28 Mei 2021.

Penat nak shopping? Takpe!

Kalau tak larat nak walk-in, yelah bulan-bulan puasa ni kan, korang juga boleh beli secara atas talian guna Chat & Shop dan dapat FREE SHIPPING + hadiah eksklusif dari 17 April – 16 Mei 2021.

Chat & Shop ni lebih kurang macam personal shopper korang lah. Cara nak guna, cuma perlu hubungi nombor dibawah ni, dan dorang akan bantu pembelian korang nanti.

  • Pedro Pavilion – 012-4678924

  • Pedro Midvalley – 012-4415762

  • Pedro Sunway – 012-4576482

  • Pedro 1 Utama – 012-4956543

Lepas raya ni mesti ramai nak melangsungkan perkahwinan, pertunangan atau nak bagi hadiah, inilah masanya korang grab dan nikmati diskaun yang ditawarkan.

Apa yang bestnya, khas buat pengguna Maxis users, korang akan diberikan diskaun khas 10% untuk setiap pembelian di mana-mana cawangan Pedro!

Siapa yang bukan pengguna Maxis tu, mintaklah tolong member yang guna Maxis belikan. Belanjalah dia buka puasa tepung pelita nanti. Haha!

Jadi, jangan lepaskan peluang ni. Tawaran masa terhad! Serbuuu.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.