Siakap Keli

Cermin Kenderaan Pecah, Penumpang Cedera Setelah Gara-gara ‘Dilanggar’ Kura-Kura

FLORIDA- Mangsa berusia 71 tahun bersama anak perempuannya dilaporkan mengalami insiden pelik. Ianya kerana kenderaan yang dinaiki mereka dilanggar secara tiba-tiba oleh seekor kura-kura di kawasan Pantai Daytona, Florida.

Fox News 2, melaporkan pada Ahad lalu (25 April) mengenai insiden yang berlaku pada Rabu (21 April) itu. Menurut laporan, kura-kura itu pada mulanya memecahkan tingkap depan, lalu ia menghentam wanita tua itu pula.

Kura-kura itu menghentam bahagian kepala mangsa hingga menyebabkan pendarahan. Namun, wanita itu tidak mengalami pendarahan yang teruk.

Saat kejadian, anaknya yang memandu kenderaan tersebut lalu menepi dan meminta bantuan dari pemandu yang lain.

“Ada kura-kura di situ,” kata salah seorang saksi. Mereka terkejut menemukan punca cermin hadapan kereta terbabit pecah.

“Seekor kura-kura! Aku bersumpah, wanita ini (ibunya) bernasib baik,” kata anak wanita itu.

Selain itu, kura-kura itu dilaporkan mengalami kesan goresan kecil dibahagian cengkerangnya dan dilepaskan kembali oleh pihak berwajib.

Justeru, pihak berkuasa percaya bahawa reptilia kecil itu berkemungkinan sedang melintas jalan dan terlempar disebabkan kenderaan lain.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.