UNICEF- Vaksin bukan sahaja membantu lindungi orang dewasa tetapi juga kanak-kanak dan remaja. Vaksin berfungsi melindungi penerima dari penyakit serius.
Unicef memberikan beberapa jenis vaksin yang disyorkan oleh kebanyakkan negara dan doktor bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan populasi penduduk daripada wabak COVID-19.
Vaksin | Penyakit | Simptom dan Kesannya |
---|---|---|
BCG | Tuberculosis | Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan yang sering berlaku. Ianya menyerang paru-paru tetapi pada bayi atau anak kecil boleh mempengaruhi organ lain seperti otak. Kes yang paling teruk dilaporkan penyakit ini menyebabkan komplikasi serius atau kematian.
TB sangat sukar untuk dirawat dan rawatannya memakan masa yang lama dan tidak selalu berjaya. |
Hep B | Hepatitis B | Hepatitis B ialah virus jangkitan hati yang berbahaya. Penyakit ini tidak menunjukkan gejala dari saat bayi hingga beberapa dekad. Ia boleh merebak menjadi sirosis dan barah hati. |
Polio | Poliovirus | Polio ialah virus yang melumpuhkan satu daripada 200 orang yang dijangkitinya. Di antara kes-kes tersebut, lima hingga 10 peratus mati ketika otot pernafasan gagal berfungsi. Tiada penawar untuk polio setelah kelumpuhan, hanya rawatan untuk mengurangkan gejala sahaja. |
DTP | Difteria | Difteria menjangkiti tekak dan tonsil. Ia menyebabkan kanak-kanak sukar untuk bernafas dan menelan. Kes yang paling teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi, ginjal dan / atau saraf. |
DTP | Tetanus | Tetanus (kancing gigi) menyebabkan otot mengecut yang sangat sakit. Ia boleh menyebabkan otot leher dan rahang kanak-kanak terkunci (lockjaw), menyukarkan mereka untuk membuka mulut, meminum (menyusu) atau bernafas. Walaupun dengan rawatan, tetanus boleh membawa maut. |
DTP | Pertussis | Pertussis (batuk kokol) yang menyebabkan batuk muntah yang panjang (berminggu-minggu). Dalam beberapa kes, boleh menyebakan kesukaran bernafas, radang paru-paru, dan kematian. |
Hib | Haemophilus influenzae jenis b (Hib) | Hib ialah bakteria yang menyebabkan radang paru-paru, meningitis dan jangkitan teruk yang lain. Secara umumnya, berlaku kepada kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. |
Pneumococcal | Penyakit Pneumokokus | Penyakit pneumokokus bermula daripada penyakit serius seperti meningitis dan radang paru-paru hingga lebih ringan. Tetapi jangkitan yang lebih seperti sinusitis dan jangkitan telinga.
Penyakit peumokokus adalah penyebab umum dan kematian di seluruh dunia terutamanya dikalangan kanak-kanak dibawah 2 tahun. |
Rotavirus | Rotavirus | Rotavirus menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dan kejutan pada anak kecil. Ini boleh menyebabkan kematian sekiranya rawatan (terutama) pengantian cairan tidak segera dilakukan. |
MMR | Demam Campak | Demam campak adalah penyakit yang menular dengan pelbagai gejala seperti demam, hidung berair, bintik-bintik putih dibahagian belakang mulut dan ruam. Kes serius yang pernah dilaporkan ia boleh menyebabkan buta, pembengkakkan otak dan kematian. |
MMR | Mumps | Beguk boleh menyebabkan sakit kepala, demam campak, demam dan kelenjar air liur yang membengkak. Komplikasi boleh merangkumi meningitis, testis yang membengkak dan pekak. |
MMR | Rubella | Jangkitan rubella pada kanak-kanak dan dewasa kebiasannya ringan, tetapi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati, kematian bayi atau cacat. |
HPV | Papillomavirus manusia (HPV) | HPV kebiasaanya tidak mempunyai simptom, tetapi beberapa strain boleh menyebabkan kanser serviks. Kanser ini merupakan kanser ke-4 yang biasa berlaku pada wanita. Hampir 99 peratus kanser serviks disebabkan oleh HPV. HPV juga menyebabkan ketuat kelamin, serta kanser pada bahagian bahan yang lain. |
Sumber: Unicef