LOS ANGELES- Chloe Zhao seorang pembikin filem kelahiran China, menghasilkan sebuah filem Nomadland, yang mengisahkan seorang penghuni yang tinggal di van diAmerika Syarikat.
Beliau merupakan pengarah wanita kedua yang pernah memenangi Pengarah Terbaik di Anugerah Akademi.
“Kemenangan ini buat anda. Kalian yang memberi inspirasi kepada saya untuk maju,” katanya.
Zhao berentap dengan Emerald Fennell menerusi filem taruhannya (Promosing Young Woman). Sekali gus, menjadikan Oscar kali ini mempertandingkan dua pengarah wanita dalam kategori yang sama.
Pada upacara, beliau juga merangkul anugerah Filem terbaik, Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Selain itu, Pelakon wanita Terbaik yang dirangkul oleh Frances McDormand.
Filem Nomadland menggambarkan kisah kehidupan sebenar golongan nomad. Ia mengangkat kisah golongan berusia di Amerika Syarikat yang terpaksa berhijrah dari satu kerja ke kerja yang lain untuk mengharusi kehidupan.
Sumber: Al-Jazeera