RUSIA- Dilaporkan seorang wanita maut setelah terjatuh dari ketinggian 67 meter kerana kehilangan keseimbangan badan saat mencuci tingkap apartmentnya.
The Sun melaporkan Olga Nauletova, 27 tahun maut saat mencuci tingkap apartmennya pada Januari lalu. Sebelum terjadinya peristiwa ngeri itu, dia dilihat cuba menjangkau pada bahagian luar tingkapnya di kota Kazan, Rusia.
Menurut laporan media tempatan, saksi mengatakan kepada polis bahawa mereka melihatnya tiba-tiba “kehilangan keseimbangan”.
Kejadian ini masih dalam siasatan kata pihak polis. Mereka juga akan menyoal siasat saksi.
“Kecuaian saat mencuci tingkap adalah puca utama dari insiden ini,” lapor saluran TG Plohie Novositi.
Mangsa dilaporkan bekerja sebagai model dan telah berkahwin dengan Kasim Nauletov (31).
Sumber: Suara.com