Siakap Keli

Tak Cukup Duit Untuk Bersara, Warga Emas Terpaksa Tinggalkan Nota Cari Kerja

LONDON- Seorang pesara sangat memerlukan pekerjaan hinggakan dia menulis sepucuk nota yang diletakkan di cermin hadapan kereta. Dia menulis bahawa dia akan ‘cuba apa saja’.

Dia mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bersara. Dia juga tiada pekerjaan dan mempunyai hutang sebanyak £1,500 (RM8,551.97).

Robert Perkins, 76 tahun, tidak mempunyai akses internet biasa. Jadi dia menggunakan cara lama dengan meninggalkan nota di kaca depan dengan harapan untuk mendapat pekerjaan baru.

Usahanya membuahkan hasil, apabila penduduk tempatan di Muswell Hill, London membantunya dengan mengumpulkan £2,140 (kira-kira RM12,200). Jumlah dana itu bukan sahaja mampu untuk melunaskan hutangnya malah dapat dijadikan wang saku untuk Robert.

Justeru, nasib menyebelahi Roberts apabila orang-orang di komuniti bukan sahaja membantunya mengumpulkan dana tetapi menyebarkan berita mengenai pencarian pekerjaan untuknya di Facebook (komuniti setempat).

“Saya telah beberapa kali menolong lelaki tua itu. Dari notanya, satu tahu bukan mudah untuk mencari pekerjaan dengan ketiadaan telefon pintar serta akses internet. Perpustakaan juga ditutup.” kata Anka.

Anka dan Dave Hinggins iaitu anggota komuniti, menyediakan beberapa keperluan seperti telefon pintar, bekalan makanan dan CV baru untuk memudahkan Roberts mencarai pekerjaan.

Sumber: Today UK News

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.