Siakap Keli

(Video) Susun Jadi Bentuk Menara & Lubang Di Tengah, Akak Ni Kongsi Teknik ‘Unik’ Hidupkan Arang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika berkhemah di hutan, antara aktiviti ‘wajib’ yang akan dibuat adalah menghidupkan unggun api untuk tujuan memasak mahupun sebagai ‘pemanas’. Ada yang guna ranting-ranting kayu, ada juga yang guna kayu arang.

Bercerita pasal hidupkan arang ni, mungkin ramai yang pernah dengar pelbagai tips. Ada yang kata, lebih mudah kalau guna ranting halus. Ada pula yang guna daun kering, malah ada juga yang guna kotak telur. Tak kisah mana satu, semuanya tetap boleh hidupkan api.

Tapi ada satu perkara yang mungkin ramai terlepas pandang, iaitu teknik susunan arang. Nak tahu tak, walaupun kita ada ‘fire starter’ terbaik sekalipun, tapi kalau salah cara susunan arang, boleh jadi api tu sukar nak hidup.

Baru-baru ini pengguna TikTok, @fitrinm2702 ada berkongsi tips mudah hidupkan api arang. Secara umumnya, si gadis ini tak gunakan pun ‘fire starter’ yang biasa dijual di kedai, sebaliknya hanya gunakan cebisan kotak telur, tisu dan minyak.

Tapi menariknya, kayu arang yang disusun bukan ‘main campak’ saja. Taknak berceloteh panjang, jom ikuti tips yang dikongsikan Fitrinm2702 di bawah ini.

Teknik hidupkan api arang dengan mudah

Fitrinm2702 ada memuat naik video rakaman bagaimana dia menghidupkan api guna arang. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah, tak perlu cari di kedai, punggah saja di dapur. Pasti jumpa.

Bahan-bahan diperlukan:-

  • Arang
  • Kotak telur
  • Tisu
  • Minyak
  • Kipas/sumber angin

Lima bahan ini mungkin nampak mudah. Tapi kelebihan teknik ini adalah terletak pada susunan arang di mana dia menyusun arang secara berbentuk menara dan ada ruang lubang di tengah-tengah.

Mari lihat bagaimana langkahnya:-

  1. Susun arang jadi macam menara, pastikan ada lubang di ruang tengah
  2. Ambil kotak telur, carik-carikkan jadi lebih kecil
  3. Bakar hujung tisu sebagai ‘pemula api’ & letak di lubang di tengah arang
  4. Masukkan cebisan kotak telur tadi ke dalam lubang & biar api mula ‘makan’ sedikit demi sedikit
  5. Renjiskan minyak sekali-sekala supaya api cepat marak
  6. Masukkan lagi cebisan kotak telur sampai api jadi lebih marak
  7. Hidupkan kipas agar anginnya dapat meniup api & jadi lebih marak
  8. Apabila arang sudah bertukar warna menjadi kelabu, itu tandanya kita boleh siap membakar/memanggang

Untuk kefahaman lebih mudah melalui visual, jom tonton videonya yang dikongsikan ke TikTok di bawah ini. Selamat mencuba.

@fitrinm2702

Cara saya marak arang selalunyaa 🙆🏻‍♀️

♬ original sound – Fitri Nurmuhajir – Fitri Nurmuhajir

Sumber: TikTok fitrinm2702

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.