INDIA- Ketua Pasukan Petugas Covid-19 India mengesyorkan agar penduduk India memakai pelitup muka untuk memutuskan rantai penularan virus itu.
“Tiba masanya untuk kita mula memakai pelitup muka walaupun di rumah,” kata pegawai itu.
Pada minggu lalu, kes harian dan kematian dilaporkan tertinggi sejak pandemik wabak Covid-19 di India. Selain itu, negara itu kini berdepan dengan kekurangan bekalan oksigen.
India mencatatkan 352,991 kes baru semalam dan 2,812 kematian dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes aktif negara tersebut telah mencapai 2,813,658.
V K Paul yang mengetuai pasukan petugas Covid-19 berkata, bahawa ada manfaat memakai pelitup muka di rumah memandangkan penyebarannya yang cepat.
“Kita harus tinggal di rumah dan mendapatkan rawatan (untuk gejala ringan). Kita juga harus ingat bahawa jika terdapat kes positif di rumah, pelitup muka sangat penting bagi mengelakkan penyebaran virus.”
“Penyebaran jangkitan lebih cepat dan dicegah jika memakai pelitup muka. Ada manfaatnya memakai pelitup muka walaupun anda duduk dengan seseorang di rumah,” kata Paul.
Sumber: The Indian Express