Siakap Keli
Gambar: Public Health Malaysia

“Jangan Terus Makan Tau,” Ini Yang Korang Kena Buat Nak Pastikan Tiada Serangga Dalam Buah Kurma

Dalam bulan Ramadan ni, buah kurma pasti menjadi salah satu hidangan utama di atas meja makan kita sebelum berbuka. Ini merupakan sunnah Rasulullah ketika berbuka iaitu memakan beberapa biji buah kurma, kemudian menunaikan solat.

Tetapi, pernah tak korang check isi buah kurma tu dulu sebelum ngap terus masuk ke mulut? Jap, penting ke check dulu sebelum makan?

Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, buah kurma yang hendak dimakan dinasihatkan untuk di’kopek’ terlebih dahulu. Perkara ini kerana dikhuatiri buah kurma tersebut sudah tidak sesuai untuk dijamah.

Hal ini telah disarankan oleh Public Health Malaysia sendiri agar semua berhati-hati dan pastikan buah kurma yang dimakan tidak ‘didiami’ oleh sebarang jenis makhluk kecil seperti ulat, lipas, labah-labah, kulat dan seumpamanya. Begitu juga dengan baunya, pastikan tidak busuk kerana dikhuatiri kurma tu dah expired rupanya.

Sumber: Public Health Malaysia

Nurul Nabila