Siakap Keli
Gambar: Arif

Raih Lebih 19k Perkongsian, Lelaki Ini Hias Dinding Rumah Dengan Hasil Memukau, Sebelumnya Hanya Papan Kosong

Jangan disangka rumah yang berdindingkan papan tidak boleh menjadi cantik tau.

Ini kerana, seorang pengguna Facebook bernama Arif ada berkongsikan berkenaan dinding rumahnya yang dibina menggunakan papan, telah mendapat sentuhan kreatif sehingga ianya menjadi sangat cantik.

Manakan tidak, daripada sekeping papan menjadi sebuah dinding, daripada dinding menjadi sebagai suatu bentuk seni yang mempesonakan.

Seni itu tidaklah terhenti di dindingnya sahaja, lelaki tersebut juga turut kreatif dalam menggunakan botol plastik terpakai untuk mengubahnya menjadi lampu yang digantung di bahagian bumbung rumahnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Rumahku itu jelek sederhana hanya dari papan gedek lalu aku lapisin dengan triplek dan aku rubah sekreatif mungkin. Alhamdulillaah yang penting nyaman bisa buat berteduh gak panas dan gak kehujanan alhamdulillaaah.

Mula dengan hanya permukaan papan yang kosong.

Gambar: Arif

Selepas mendapat sentuhan kreatif daripadanya, inilah hasil daripada papan yang kosong tadi.

Gambar: Arif

Dia juga turut membuat d.i.y lampu menggunakan botol plastik yang terpakai.

Gambar: Arif

Dimulakan dengan menyembur cat yang sama untuk dipadankan dengan dinding rumahnya itu.

Gambar: Arif
Gambar: Arif

Selepas itu, dia memotong botol plastik yang telah diwarnakan pada bahagian tengahnya.

Gambar: Arif

Inilah hasil daripada d.i.y botol plastik yang dijadikan lampu itu.

Gambar: Arif

Usahanya tidak terhenti di situ sahaja. Dia juga turut mula menambah sentuhan kreatifnya pada dinding bahagian lain yang kosong dengan melukis satu lakaran berbentuk dua kuntum bunga besar.

Gambar: Arif
Gambar: Arif

Usai siap sahaja melakar lukisannya pada dinding tersebut, dia mula mewarnakannya. Hasilnya amat menakjubkan sekali.

Gambar: Arif
Gambar: Arif
Gambar: Arif
Gambar: Arif
Gambar: Arif

 

Aqmal Ezany

I write what is right