AMERIKA SYARIKAT- Seorang wanita menggunakan botol kecil yang dipercayai penitis mata untuk dititiskan ke matanya. Dia tidak menyedari terambil gam kuku dan dalam keadaan panik dia menutup kelopak matanya dan tergam.
Yacedrah Williams terbangun pada malam Khamis lalu dengan mata kering. Dia mengambil sebotol penitis mata berwarna hijau di dalam beg tangannya. Disebabkan biliknya gelap, dia terambil gam kuku yang berada di dalam begnya juga, lapor WXYZ.
Yacedrah dan suaminya Derrick tinggal di Michigan, Amerika Syarikat (AS) membangunkan suaminya .
“Saya menjerit tetapi gam kuku itu sudah di dalam anak mata saya menyebabkan mata saya tertutup.”
“Saya cuba membukanya kembali tetapi gagal dan menjerit pada suami untuk segera menghubungi 911,” katanya.
Dia bernasib baik, doktor berjaya membuka matanya dan mengeluarkan kanta lekapnya.
Yacedrah berkata, mereka mengatakan bahawa kanta lekap menyelamatkan penglihatan saya. Mereka menambah, berkemungkinan saya kehilangan bulu mata kerana mereka harus menariknya dan mengembalikan posisi kelopak mata saya.
Sumber: Adom Online