Siakap Keli
Gambar: Ocean Passport

“Tekanan Adalah Musuh Utama,” Selami 15 Fakta Mengenai Laut Dalam Yang Mungkin Ramai Belum Tahu

Laut merupakan misteri alam yang sampai hari ini belum habis diteroka. Hidupan laut merupakan habitat terbesar yang mengambil 95% ruang di muka bumi.

Dasar laut bermula di kedalaman 200 meter dari permukaan air, di mana cahaya di sini sangat sedikit. Challenger Deep merupakan dasar laut yang paling dalam.

Tarik nafas sedalam mungkin, mari kita selami 15 fakta menarik tentang laut dalam yang mungkin anda tak tahu seperti yang dikongsikan oleh Ocean Passport.

Kedalaman melebihi tinggi Gunung Everest

Gambar via Google

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dan tidak ramai yang mampu menawannya. Bagaimana pula dengan laut dalam?

Menurut Ocean Passport, jarak antara dasar laut paling dalam dengan permukaan laut adalah hampir 11 kilometer, lebih dua kilometer dari tinggi Gunung Everest!

Di dasar laut terdalam ini, suhu adalah lebih rendah dari titik beku. Tekanan air di sini 1000 kali lebih tinggi berbanding di permukaan air.

Dasar laut merupakan ‘tempat tinggal’ pelbagai hidupan laut yang unik.

Hanya tiga orang pernah sampai ke sini

Gambar via Passport Ocean

Antara salah seorang yang pernah menyelam hingga ke Challenger Deep ialah pengarah filem Titanic, James Cameron, menurut Ocean Passport.

Tambah portal itu, Cameron menyelam dalam kapal selam sehingga kedalaman 35,756 kaki (10.9 kilometer) pada tahun 2012.

Dia berjaya mengumpul data, spesimen dan gambar di bahagian dasar Challenger Deep.

Sebelum Cameron, Challenger Deep kali terakhir diteroka pada tahun 1960 dan hanya menampakkan visual butiran pasir.

Hidupan terbesar di dasar laut sepanjang 6.4 meter

Gambar via Passport Ocean

Hidupan terbesar di bahagian dasar laut digelar jerung Greenland, dengan panjang hingga 7.2 meter dan seberat 1,400 kilogram.

Jerung ini bukan sahaja memakan hidupan laut, tetapi juga memangsa hidupan darat seperti beruang kutub, rusa dan kuda.

Dengan fizikal seakan-akan jerung putih, visual jerung Greenland ini pertama kali ditangkap penyelidik pada tahun 1995.

Satu-satunya video jerung laut dalam ini tertangkap pada tahun 2003.

Tekanan, musuh utama peneroka laut dalam

Gambar via Passport Ocean

Tekanan akan bertambah 6.47 kilogram, di setiap kedalam 10 meter ke dasar laut.

Para penyelidik perlu memakai alatan menyelam dengan ketahanan yang tinggi terhadap tekanan.

Alatan seakan-akan kapal selam ini hanya mampu menahan tekanan sebesar 1,270 kilogram. Ini bermakna, ia hanya mampu menyelam di kedalaman dua kilometer.

Bunyi misteri belum terungkai setelah lebih 15 tahun

Pada tahun 1997, para penyelidik dari Amerika Selatan menangkap bunyi aneh yang kuat dari dasar laut.

Bunyi ini dipanggil ‘Bloop’.

Bunyi ini ditangkap oleh beberapa hydrophones (mikrofon dalam air) dengan jarak lebih 3,000 batu antara satu sama lain.

Walaupun NOAA menyimpulkan ia adalah bunyi retakan ais, ramai yang masih meragui kesimpulan tersebut.

‘Bloop’ masih menjadi misteri dan menimbulkan pelbagai teori konspirasi hingga hari ini.

Dasar laut rata-rata sedalam 4.27 kilometer, bersamaan 47 kali Statue of Liberty

Gambar via Google

Teroka dasar laut lebih sukar dari teroka Marikh – NASA

Gambar via Google

Organisma dasar laut hasilkan cahaya sendiri (Bio-luminescence)

Gambar via Google

Mariana Trench, titik terdalam di muka bumi

Gambar via Passport Ocean

Laut terdalam diukur menggunakan letupan TNT

Gambar via Google

Berton-ton sisa buangan berbahaya dibuang ke dasar laut

Gambar via Google

Laut lubuk emas 20 juta tan

Gambar via Passport Ocean

Paus dengan upaya tahan nafas terlama menyelam selama 2 jam 17 minit di kedalam 2,992 meter

Gambar via Google

Mampu hasilkan pelindung matahari sendiri, saintis cuba hasilkan ‘sunscreen’ semulajadi dari batu karang

Gambar via Google

Tsunami perkara biasa di dasar laut, gegaran sebenar berpuluh kali lebih kuat dan mampu menggerakkan paksi bumi

Gambar via Passport Ocean

Sumber: Ocean Passport

Eyla Azri