Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Dan Sarawak Kekal Status PKPB, Sabah Dikenakan PKPB Bermula 29 April

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa semua daerah di negeri Kelantan kekal di bawah status PKP kerana kadar insiden yang semakin meningkat.

Selain daripada itu, lima negeri atau wilayah dikekalkan status PKPB. Antara negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Status negeri Sabah bertukar kepada PKPB bermula 29 April hingga 17 Mei ini susulan daripada zon hijau semakin berkurangan dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKPD.

Sementara itu, negeri yang kekal sebagai PKPP pula adalah Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.