Siakap Keli

(Video) Anak Lembu Berkepala Dua Dilahirkan Di Macedonia Utara

MACEDONIA UTARA- Seekor anak lembu dilahirkan di Lazec mempunyai sindrom polycephaly iaitu berkepala dua.

Anak lembu itu mempunyai empat mata, dua hidung, dua mulut dan satu otak manakala tengkoraknya bercantum. Ketika diberikan susu pada salah satu mulutnya, mulutnya yang lain turut melakukan pergerakan sama.

“Kami mendengar bahawa lembu kami akan bersalin pada awal pagi. Kami melihat anak lembu itu agak luar biasa kerana mempunyai dua kepala.”

“Kami segera menghubungi doktor haiwan, doktor berkata ianya adalah fenomena semulajadi. Anak lembu itu dikhabarkan sihat.” kata Vesko Petrovski pemilik anak lembu itu.

Media tempatan melaporkan bahawa kes polycephaly jarang berlaku, dan peluang untuk anak lembu itu bertahan tipis.

“Saya akan menjaganya selagi dia masih hidup, tidak kira berapa lama. Kami akan melakukan segalanya,” tambah Petrovski.

Sumber: The Animal Reader

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.