Siakap Keli

(Video) Imam Masjid Dilapor Meninggal Dunia Saat Bimbing Bacaan Doa Untuk Kru KRI Nanggala

INDONESIA- Seorang Imam masjid,  menemui ajal saat mendoakan kru KRI Nanggala 402.

Kejadian berlaku selepas arwah, Ustaz Muhammad Ruddin Emang selesai menunaikan solat zuhur di Masjid Baiturrahman Panaikang, Kota Makassar, semalam.

Menurut Taufiq, salah seorang jemaah masjid yang membantu mengangkat jasad arwah, berkata, ketika itu Ustaz Ruddin Emang ingin menutup ceramahnya dengan bacaan doa. Sedang dia mengangkat tangannya, secara tiba-tiba dia terkulai terjatuh ke mimbar masjid.

Saat itu, ustaz tersebut menceritakan tentang kisah Nabi Yunus AS yang dimakan ikan dan peristiwa tenggelammnya KRI Nanggala 402.

“Arwah mendoakan kesemua mangsa (KRI Nanggala 402). Mudah-mudahan diampuni dosa-dosanya,” kata Taufiq

Taufiq mengaku mengenali Ustaz Ruddin selama 40 tahun. Pada waktu subuh semalam mereka sempat berbual dan memaklumkan dia sihat sahaja.

“Rutin arwah membaca dan meringkaskan bacaannya. Dia seorang pendidik terbaik dalam keluarga, tidak pernah melihat dia marah,” tambahnya.

Arwah Ustaz Ruddin Emang meninggalkan 10 orang anak. Arwah dikatakan akan dikebumikan di kawasan perkuburan di daerah Biringkanaya.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah