Siakap Keli

(Video) Lelaki Teruja, Temui Terowong Lama Abad Ke-19 Bawah Rumah

CHICAGO- Seorang lelaki terkejut setelah menemui terowong bawah tanah abad ke-19 dibawah rumahnya di Illinois, Chicago.

Penemuan itu didedahkan dalam segmen berita Fox 2 St.Louis. Pemilik rumah, Gary Manchens, membawa kru kamera ke bahagian bawah kediamannya.

Klip ini mendedahkan bagaimana terowong misteri tersebut akhirnya ditemui dan pelbagai teori mengenai bagaimana terowong bawah tanah tersebut terbentuk.

“Ada masalah timbul dihalaman rumah dan saat kami melakukan penggalian, kami menemui terowong ini, katanya.

Sejarahwan juga mengunjungi terowong misteri yang dipercayai terowong yang terpelihara dengan baik berasal dari sekitar tahun 1840.

“Ya, tiga bekas menteri Alton pernah tinggal di rumah ini selama bertahun-tahun.”

“Saya tidak tahu-menahu apakah mereka (bekas menteri) tahu mengenai terowong ini. Rumah ini dibangunkan pada tahun 1890 tetapi terowong ini diyakini dari tahun 1840,” tambah Machens.

sumber: Kompas.Com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.